Home/Services/Buat Website Syarikat

Buat website syarikat yang bawa enquiry, bukan sekadar cantik

Website profesional untuk perniagaan di Malaysia: mesra telefon, laju, mudah dijumpai di Google dan memudahkan pelanggan menghubungi anda.

Kenapa website syarikat

Pelanggan hari ini akan Google nama syarikat anda sebelum mereka telefon, WhatsApp atau datang ke kedai. Website yang lapuk, perlahan atau susah digunakan di telefon membuatkan mereka beralih kepada pesaing.

Kami membina website untuk perniagaan di Malaysia dengan satu tujuan: menukar orang yang menjumpai anda kepada orang yang menghubungi anda. Pilih WordPress jika anda mahu urus kandungan sendiri, atau custom jika perniagaan anda perlukan sesuatu yang lebih khusus.

Apa yang anda dapat

  • Design mesra telefonKebanyakan pelawat datang dari telefon, jadi kami reka untuk skrin kecil dahulu.
  • Struktur sedia SEOTajuk halaman, meta description, URL yang kemas, alt text gambar dan schema supaya Google faham website anda.
  • Dibina untuk enquiryBorang enquiry dan butang WhatsApp diletakkan di tempat pelanggan bersedia untuk bertindak.
  • Laju dan selamatGambar dioptimumkan, kod yang ringan dan setup keselamatan standard.
  • Analytics dan trackingGoogle Analytics dan Search Console disetup supaya anda nampak apa yang berkesan.
  • Mudah dikemas kiniDi WordPress, anda boleh ubah teks, gambar dan halaman sendiri tanpa kod.
Pakej

Harga yang jelas dari awal

Starter Website

RM3,200

Sehingga 5 halaman. Sesuai untuk perniagaan kecil yang perlukan kehadiran online yang kemas.

Business Website

RM5,800

Sehingga 10 halaman, design custom dan setup SEO. Pilihan paling sesuai untuk SME yang mahukan lead.

Perlukan satu halaman sahaja untuk kempen iklan? Landing page bermula RM1,800. Untuk kedai online, lihat WooCommerce dan Shopify. Senarai harga penuh ada dalam panduan harga website.

Sesuai untuk
  • Syarikat yang baru mahu ada website pertama
  • Perniagaan yang website lamanya nampak lapuk atau tidak membawa enquiry
  • Jenama yang perlukan website yang betul sebelum mula SEO atau iklan
  • Perniagaan servis, jenama dan penjual online di seluruh Malaysia
Cara kami bekerja

Proses mudah, tiada kejutan

1

Ceritakan matlamat anda

Kongsi tentang perniagaan, pelanggan dan apa yang anda mahu capai. Kami akan tanya soalan yang betul.

2

Terima pelan yang jelas

Kami hantar sebut harga dengan skop, apa yang anda dapat dan kos, dalam bahasa yang mudah. Projek bermula dengan 60% deposit.

3

Kami bina, anda semak

Kami buat kerja, kemas kini anda sepanjang jalan dan perbaiki sehingga anda berpuas hati.

Soalan lazim

Soalan tentang buat website syarikat

Berapa kos buat website syarikat?

Pakej kami bermula dari RM1,800 untuk landing page, RM3,200 untuk website sehingga 5 halaman, dan RM5,800 untuk website sehingga 10 halaman dengan design custom dan setup SEO. Guna kalkulator kos untuk anggaran mengikut keperluan anda.

Berapa lama masa untuk siapkan website?

Bergantung pada skop, bilangan halaman dan kesediaan kandungan seperti teks dan gambar. Tempoh projek dinyatakan dengan jelas dalam sebut harga sebelum kerja bermula.

Boleh saya update website sendiri?

Boleh, jika website dibina di atas WordPress. Kami setup supaya anda boleh ubah teks, gambar dan halaman tanpa menyentuh kod. Jika tak mahu urus sendiri, servis penyelenggaraan kami boleh buatkan.

Boleh buat website dalam Bahasa Melayu dan English?

Boleh. Website dwibahasa dikenakan tambahan 25% daripada harga pakej, kerana setiap halaman perlu disediakan dan diuji dalam dua bahasa.

Adakah website saya akan keluar di Google?

Pakej Business ke atas termasuk setup SEO asas seperti tajuk halaman, meta description, sitemap dan Google Search Console. Untuk bersaing pada kata kunci yang kompetitif, anda perlukan kerja SEO berterusan.

Servis lain

SEO Services

Local to national campaigns focused on ranking higher and generating real leads.

Learn more →

Website Maintenance

Updates, security and WhatsApp support so your site stays fast and safe.

Learn more →

Web Design (English)

The English version of our web design service page.

Learn more →

Nak sebut harga yang jelas untuk projek anda?

Ceritakan apa yang anda perlukan. Kami akan balas dengan skop dan kos yang mudah difahami.