Kedai online · WooCommerce

Kedai online WooCommerce untuk bisnes Malaysia, dengan bayaran FPX dan e-wallet.

Kedai yang pelanggan boleh terus bayar dalam ringgit, melalui perbankan online FPX atau e-wallet. Saya pasang WooCommerce di WordPress (atau Shopify, jika lebih sesuai), muat naik produk awak, sambungkan gerbang pembayaran Malaysia dan tunjuk cara mengurusnya. Kedai, domain dan akaun didaftar atas nama awak.

FAQ

Soalan lazim

Berapa kos buat website WooCommerce di Malaysia?

Pakej Kedai Online saya ialah RM4,990 sekali bayar untuk sehingga 30 produk, bayaran FPX dan e-wallet, kadar penghantaran, e-mel pesanan dan latihan. Domain dan hosting berasingan; hosting kedai RM480 setahun jika saya uruskan.

Boleh pelanggan saya bayar dengan FPX?

Boleh. Saya sambungkan gerbang Malaysia seperti toyyibPay atau Billplz, didaftar atas nama syarikat awak, dan uji pesanan sebenar sebelum pelancaran.

Kedai itu milik saya?

Ya. Domain, hosting, gerbang pembayaran dan akaun lain didaftar atas nama awak, jadi awak tidak terikat dengan saya.

Berapa lama untuk siap?

Kira-kira 21 hari bekerja selepas produk, gambar dan butiran sedia. Tarikh siap ditulis dalam sebut harga.

Boleh saya tambah produk dan urus pesanan sendiri?

Boleh. Awak dapat latihan 1 jam mengurus pesanan dan dashboard admin ringkas untuk kemas kini produk dan kandungan.

Awak jaga kedai WooCommerce selepas pelancaran?

Ya. Jaga Kedai Online ialah RM449 sebulan, dengan kemas kini, backup, pemantauan keselamatan, semakan checkout dan 3 jam suntingan.

Sedia berbincang?

Hantar satu mesej WhatsApp dan saya balas sendiri dalam 1 hari bekerja.